Korea Utara sekat hasrat Malayan Tigress

Iklan
Aksi tonggak Malayan Tigress, Intan Sarah Anisah Zulgafli ketika diasak pemain Korea Utara di Dushanbe. Foto FAM

IMPIAN skuad bola sepak wanita kebangsaan untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia Wanita 2026 musnah selepas tewas 0-6 kepada pasukan pilihan, Korea Utara dalam aksi terakhir Kumpulan H di Stadium Central, Dushanbe.

Kekalahan itu menyaksikan Malayan Tigress kendalian Joel Cornelli menamatkan saingan di tempat kedua kumpulan dengan enam mata hasil dua kemenangan ke atas Palestin dan Tajikistan.

Iklan
Iklan

Sementara itu, kemenangan bergaya Korea Utara membolehkan mereka mengungguli kumpulan dengan sembilan mata, sekali gus mengesahkan tiket ke pusingan akhir dengan status juara kumpulan.

Anak buah Ri Song-ho tampil garang sejak awal permainan dengan menguasai sepenuhnya perlawanan.

Iklan

Mereka mendahului seawal babak pertama menerusi jaringan Kim Hye-yong pada minit ke-39 dan Myong Yu-jong pada minit ke-47.

Aksi babak kedua menyaksikan keampuhan jentera serangan Korea Utara yang menambah lagi gol menerusi hatrik Kim Kyong-yong (minit ke-52, 54, 77), dan satu lagi jaringan oleh Ri Hye-gyong pada masa tambahan (minit ke-95).

Iklan

“Saya berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh pemain-pemain, terutamanya dalam dua perlawanan awal berdepan Palestin dan Tajikistan.

“Perlawanan menentang Korea Utara, kita berdepan pasukan yang dibarisi pemain-pemain jauh lebih berpengalaman,” kata Cornelli.

Biarpun bermula cemerlang dalam dua perlawanan awal, keampuhan Korea Utara nyata terlalu sukar dibendung.

Malayan Tigress tetap wajar dipuji atas usaha dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang kempen kelayakan ini.