Tukar haluan mengejut, penunggang p-hailing cetus kemalangan dua kereta

Iklan
Tangkap layar video sebuah motosikal yang dipercayai mengubah haluan secara tiba-tiba menyebabkan kemalangan dua kereta di MRR2, Ampang pada Selasa lalu.

AMPANG – Tindakan seorang penunggang motosikal yang mengubah haluan secara tiba-tiba dipercayai menjadi punca kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian pada jam 2.47 petang itu melibatkan sebuah kereta Honda Civic dan Perodua Ativa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan mendapati tiga kenderaan iaitu motosikal p-hailing dan dua kereta terbabit dari arah Pandan Jaya ke Cheras.

"Semasa tiba di lokasi penunggang motosikal secara tiba-tiba mengubah haluan dari lorong tengah ke kiri untuk membelok masuk ke simpang di kiri jalan.

Iklan

Insiden kemalangan itu turut tular di media sosial selepas dirakam melalui kamera papan pemuka kereta Honda Civic terbabit.

"Tindakan terburu-buru itu menyebabkan pemandu Honda Civic membrek untuk mengelak melanggar penunggang terbabit, namun akhirnya melanggar sebuah kereta di hadapannya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Mohd Azam berkata, kemalangan itu mengakibatkan kerosakan pada dua kereta terbabit namun tiada kecederaan dilaporkan dan kes disiasat mengikut Kaedah 6(1) LN 166/59.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar memandu dengan cermat, berhemah, bertolak ansur dan bijak, serta sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya yang ditetapkan.

Insiden kemalangan itu turut tular di media sosial selepas dirakam melalui kamera papan pemuka (dashcam) kereta Honda Civic terbabit.