Dua lelaki maut tersepit, pacuan empat roda rempuh belakang lori

Iklan
Kedua-dua mangsa yang tersepit di bahagian hadapan kenderaan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Foto Bomba Perak

IPOH - Dua lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki merempuh bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 253, Lebuhraya Utara–Selatan arah selatan, pada Rabu.

Panggilan mengenai kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya pada jam 5.51 pagi, membabitkan seorang pemandu berusia 25 tahun dan penumpang berusia 22 tahun.

Iklan
Iklan

Operasi menyelamat melibatkan penggunaan peralatan khas seperti telescopic ram bagi melakukan renggangan serta hydraulic cutter untuk memotong bahagian struktur kenderaan bagi mengeluarkan mangsa. Foto Bomba Perak

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di dalam kenderaan.

Iklan

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati sebuah kenderaan jenis Ford Ranger telah melanggar bahagian belakang lori Hino lima tan yang membawa muatan baja.

Dua lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki merempuh bahagian belakang sebuah lori. Foto Bomba Perak

Iklan

“Terdapat dua lelaki tersepit di bahagian hadapan kenderaan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, operasi menyelamat melibatkan penggunaan peralatan khas seperti telescopic ram bagi melakukan renggangan serta hydraulic cutter untuk memotong bahagian struktur kenderaan bagi mengeluarkan mangsa.

Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto Bomba Perak

“Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

Operasi yang disertai lapan anggota, dibantu oleh Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, tamat sepenuhnya pada jam 7.50 pagi.