Suspek pukul gelandangan hingga maut dipercayai kurang siuman

Iklan
Sinar Harian melaporkan seorang wanita dipercayai gelandangan ditemui maut di hadapan sebuah sekolah di Jalan Sentul, Selasa lalu.

KUALA LUMPUR – Individu yang dipercayai memukul seorang wanita gelandangan sehingga maut di Jalan Sentul, Selasa lalu disyaki berada dalam keadaan kurang siuman ketika kejadian.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kertas siasatan kes berkenaan kini dalam peringkat akhir sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

"Siasatan masih diteruskan bagi melengkapkan beberapa aspek penting termasuk rakaman percakapan saksi dan laporan forensik.

"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai berada dalam keadaan tidak siuman ketika kejadian berlaku,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Op Selamat 25 sempena Tahun Baharu Cina 2026 peringkat Kontinjen Kuala Lumpur di pusat beli-belah Pavilion di sini pada Jumaat.

Iklan

Fadil

Fadil berkata, suspek direman selama enam hari bermula 10 hingga 15 Februari bagi membantu siasatan.

Iklan

"Permohonan untuk menyambung tempoh reman akan dibuat pada 15 Februari ini bergantung kepada keperluan siasatan semasa.

"Setakat ini seramai sembilan saksi telah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan," katanya.

Tambah beliau, punca kematian mangsa dikenal pasti akibat kecederaan serius di bahagian kepala yang dipercayai disebabkan hentakan objek tumpul.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita dipercayai gelandangan ditemui maut di hadapan sebuah sekolah di Jalan Sentul, Selasa lalu.

Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bahagian kepala kira-kira 7.20 pagi.