Mahkamah Persekutuan batal peruntukan jenayah gagal beri notis perhimpunan aman

Iklan
Mahkamah Persekutuan memerintahkan Public Bank Berhad membayar ganti rugi berjumlah RM90 juta kepada NFCorp, pengerusinya serta tiga syarikat subsidiari kerana melanggar kontrak berkaitan kerahsiaan akaun bank mereka.

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa tindakan menghukum individu yang gagal memaklumkan kepada polis lima hari lebih awal sebelum mengadakan perhimpunan aman adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan penting itu dibuat secara sebulat suara oleh panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bakal menamatkan perkhidmatan awam pada Selasa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memperuntukkan hukuman denda terhadap kegagalan memberikan notis awal adalah satu bentuk larangan, bukannya sekatan yang dibenarkan mengikut Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan.

“Seksyen ini merupakan satu bentuk campur tangan yang tidak seimbang terhadap hak rakyat untuk berhimpun secara aman,” tegas beliau ketika menyampaikan keputusan mahkamah tertinggi itu.

Iklan

Keputusan tersebut dibuat susulan cabaran perlembagaan yang difailkan oleh Pengarah Eksekutif Mandiri, Amir Abdul Hadi yang didakwa pada 2022 kerana tidak menyerahkan notis lima hari kepada pihak polis sebelum mengadakan protes di hadapan kompleks beli-belah Sogo, Kuala Lumpur.

Protes pada 14 Ogos 2022 itu melibatkan kira-kira 200 orang yang menuntut agar menteri bertanggungjawab terhadap kegagalan projek kapal tempur pesisir (LCS) dipecat atau didakwa.

Iklan

Amir telah didakwa mengikut Seksyen 9(1) akta sama yang mewajibkan pemberian notis awal serta berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mengikut Seksyen 9(5).

Beliau kemudiannya mencabar kesahihan peruntukan berkenaan dan Mahkamah Tinggi merujuk persoalan perundangan itu kepada Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan.

Dalam keputusan tersebut, Mahkamah Persekutuan turut mengarahkan prosiding jenayah terhadap Amir yang sedang berjalan supaya dikembalikan ke Mahkamah Tinggi dan dilupuskan selaras dengan penghakiman terkini itu.