Polis Terengganu buka 25 kertas siasatan kes tipu cabutan bertuah

Iklan
Mohd Khairi

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu telah membuka 25 kertas siasatan berkaitan penipuan cabutan bertuah yang kononnya dianjurkan sebuah bank tempatan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, jumlah kerugian terlibat dalam kes tersebut yang direkodkan dari Januari hingga bulan ini, berjumlah RM782,616.35.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mangsa biasanya akan menerima pautan muat turun fail APK melalui media sosial, yang jika diklik akan membawa kepada laman web palsu atau terus kepada fail APK.

"Tindakan ini akan membolehkan suspek mendapat kawalan penuh terhadap peranti mangsa seterusnya membaca mesej TAC/OTP yang dihantar oleh bank dan mengakses aplikasi perbankan atau e-dompet.

Iklan

"Suspek akan melakukan transaksi secara berkali-kali tanpa pengetahuan mangsa, menyebabkan kerugian sehingga puluhan ribu ringgit," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Khairi berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak bank dan Bank Negara Malaysia bagi mengesan transaksi serta pemilik akaun keldai atau ‘mule account’.

Iklan

Sehubungan itu, Mohd Khairi menasihatkan orang ramai supaya jangan terpedaya dengan sebarang bentuk tawaran yang mencurigakan di laman sosial.

"Pengguna perlu membuat semakan dengan pihak bank terlebih dahulu melalui saluran rasmi jika menerima sebarang pautan meragukan.

"Jangan sesekali berkongsi maklumat OTP kepada mana-mana pihak dan laporkan segera kepada Scam Response Center (CCID) di talian 997 atau melalui portal https://semakmule.rmp.gov.my," katanya. - Bernama