Kanak-kanak perempuan dipercayai didera ibu angkat

Iklan
Kisah kanak kanak malang ini turut dimuat-naik di laman media sosial

KUALA SELANGOR – Seorang kanak-kanak perempuan berbangsa India Muslim dipercayai menjadi mangsa dera dan pengabaian oleh ibu angkatnya dalam kejadian di Taman Bendahara, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 28 Jun 2025 jam 6.40 petang dan segera memulakan siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Iklan
Iklan

“Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang, Selangor,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Susulan laporan berkenaan, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Selangor telah menahan seorang wanita berumur 54 tahun pada jam lebih kurang 8.15 malam hari sama.

Iklan

Wanita terbabit yang juga ibu angkat kepada mangsa ditahan di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan reman ke atas suspek selama enam hari bermula 29 Jun hingga 4 Julai 2025 bagi membantu siasatan lanjut di bawah akta sama.

Iklan