ISTANBUL - Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas ibu pejabat Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) di utara wilayah Alborz, menurut pengumuman kumpulan itu pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.
Pejabat perhubungan awam IRGC memaklumkan bahawa serangan itu mengakibatkan kematian orang awam dan anggota tentera kerahan.