Jeti pelancongan Semporna

Iklan

Pandangan waktu pagi di sekitar jeti pelancongan Semporna. Selain memiliki perairan membiru, lokasi menyelam yang indah dan pelbagai jenis karakter batu karang yang unik, Semporna turut 'memperlihatkan' kehidupan penduduknya. Seawal enam pagi, sekitar perairan yang seakan 'lebuhraya' itu bertali arus dengan pelbagai jenis kapal, bot dan perahu yang keluar mencari rezeki. Bagi masyarakat Semporna, bot bukan sekadar alat mencari rezeki, malah menjadi nadi pengangkutan penting yang menghubungkan kehidupan mereka dengan laut dan pulau-pulau sekitarnya.