JOHOR BAHRU - Laluan masuk ke Plaza Tol Ayer Hitam ditutup kepada semua kenderaan susulan kejadian tong mengandungi bahan kimia berbahaya dan mudah hakis terjatuh dari sebuah treler petang Rabu.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan laluan itu ditutup sementara atas faktor keselamatan oleh pihak bomba selepas kejadian dilaporkan berlaku pada jam 6.41 petang.