Anak Exco Johor terima kejutan raih PNGK 4.0 ketika dalam perjalanan ke UKM

Iklan
Mohd Fared (kiri) bersama keluarga dan anaknya, Nur Fareeza Huda (kanan) dalam perjalanan ke UKM untuk menghadiri temu duga pada Selasa.

BATU PAHAT - Kegembiraan berganda dirasai Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, apabila anak perempuannya memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024, ketika mereka dalam perjalanan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Anaknya, Nur Fareeza Huda Mohd Fared, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Batu Pahat, berjaya meraih Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0, keputusan terbaik dalam peperiksaan berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurut Mohd Fared, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, beliau hanya mengetahui mengenai keputusan itu selepas menerima panggilan telefon daripada pihak sekolah semasa dalam perjalanan ke UKM.

"Syukur Huda dapat 4.0, namun kami tak dapat ambil keputusan di sekolah. Cikgu telefon dan beritahu tadi minta hadir ke sekolah untuk sama-sama raikan kejayaan Huda," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Iklan

Tambahnya, mereka sedang menuju ke UKM kerana Huda dijadualkan menghadiri temu duga kemasukan ke Fakulti Undang-Undang universiti tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua guru dan pihak sekolah yang telah mendidik anaknya sepanjang tempoh pengajian.

Iklan

“Terima kasih buat pengetua dan guru-guru atas jasa baik mengajar dan mendidik Huda. Jasa ilmu kalian akan kekal kami ingati,” katanya lagi.

Mohd Fared turut mengucapkan tahniah kepada semua calon STPM 2024 yang menerima keputusan masing-masing pada Selasa.