Cuaca panas: Kerajaan Johor beri kelonggaran pakaian sekolah agama
Iklan
Kerajaan Johor memberi kelonggaran kepada pelajar sekolah agama negeri untuk memakai pakaian bersesuaian berikutan cuaca panas ketika ini. Gambar hiasan
BATU PAHAT - Kerajaan Johor memberi kelonggaran kepada pelajar sekolah agama negeri untuk memakai pakaian bersesuaian berikutan cuaca panas ketika ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid.
Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan pelajar selesa mengikuti sesi pembelajaran dengan Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) diberi kuasa menentukan pakaian yang bersesuaian.
Iklan
Iklan
"Pemakaian ke sekolah dipermudahkan dengan pakaian yang longgar, sebab di Johor ini memang kena pakai baju Melayu, jadi kadang-kadang pakaian perlulah sesuai dengan cuaca,” katanya selepas menutup Karnival Mahabbah Komuniti Madani Peringkat Negeri di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini pada Ahad.
Beliau berkata, kelonggaran berkenaan pernah dilaksanakan sebelum ini dan ia tidak seharusnya menjadi isu sekiranya dibenarkan apabila keadaan memerlukan.
Iklan
Mengenai Karnival Mahabbah Komuniti Madani, Mohd Fared berkata, program itu merupakan kerjasama strategik pelbagai pihak dalam mendekati masyarakat, khususnya golongan muda bagi memberi kefahaman terhadap isu sosial dan agama yang semakin mencabar.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, program itu selari dengan Pelan Transformasi Al-Falah.
Iklan
Beliau berkata, pelan itu dalam usaha membendung masalah sosial secara menyeluruh, serta memastikan agenda"Islam Mekar di Bumi Malaysia" terus dipertahankan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>