Kebakaran stor: Cecair hitam dipercayai minyak dikhuatiri mengalir ke Selat Tebrau
Iklan
Orang ramai meninjau lokasi kejadian kebakaran stor penyimpanan lori dan minyak enjin di Jalan Cenderai, Taman Kota Puteri, Masai yang berlaku semalam ketika tinjauan pada Ahad. Foto Bernama
JOHOR BAHRU - Cecair hitam dipercayai minyak dikesan mengalir keluar dari kawasan kebakaran stor penyimpanan lori dan minyak enjin di Jalan Cenderai, Taman Kota Puteri, Masai, di sini ke parit berdekatan dan dikhuatiri hingga Selat Tebrau.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Datuk Mohd Haffiz Ahmad berkata, sebagai langkah awal pencegahan, pihaknya akan menggali kolam di lokasi kejadian untuk menyekat cecair terbabit daripada terus mengalir keluar.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri akan memasang penghadang minyak di parit dan beberapa kawasan lain serta mengambil sampel bagi mengenal pasti kandungan cecair berkenaan.
"Jabatan Laut Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pula akan membuat kawalan di hulu Selat Tebrau dengan memasang penghadang minyak bagi menyekat cecair daripada mengalir keluar ke laut," katanya kepada pemberita ketika meninjau lokasi kejadian di sini pada Ahad.
Iklan
Terdahulu, tinjauan Bernama mendapati cecair hitam yang mengalir keluar dari kawasan kebakaran itu mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan sehingga menusuk ke hidung.
Orang ramai sejak awal pagi tadi turut meninjau lokasi kejadian bagi melihat kesan kebakaran itu.
Iklan
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.54 tengah hari semalam serta 34 anggota dan aset dari beberapa balai bomba termasuk pasukan sukarela dikejarkan ke lokasi kejadian.
Sebanyak lima premis terbakar dalam kejadian yang melibatkan kawasan seluas kira-kira 1,000 meter persegi itu termasuk 15 kenderaan turut musnah. - Bernama
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.