MERSING – [DIKEMAS KINI] Polis mengesahkan individu yang bertindak cuba mencabut kunci sebuah motosikal yang dinaiki dua remaja dalam video tular pada Sabtu, merupakan seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintenden Mohd Hasrudi Mohd Zain berkata, kejadian berlaku berhampiran lampu isyarat berdekatan Sekolah Kebangsaan Bandar Endau, Mersing.