Serangan AS ke atas Iran tertangguh, Trump ragu keberkesanan bom 'bunker buster'

Iklan
Dalam foto yang dikeluarkan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat pada 2 Mei 2023 ini, anggota tentera udara dilihat memerhati bom GBU-57, atau dikenali sebagai Massive Ordnance Penetrator, di Pangkalan Udara Whiteman di Missouri. - Gambar AP

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan menangguhkan kelulusan serangan ke atas Iran berikutan keraguan terhadap keupayaan senjata utama yang dirancang untuk digunakan - bom GBU-57 'bunker buster' seberat 30,000 paun.

Menurut laporan eksklusif oleh The Guardian, perbezaan pandangan tercetus antara pegawai kanan White House dan Pentagon berhubung sama ada senjata itu benar-benar mampu memusnahkan kemudahan nuklear Iran yang kebal di Fordow, yang terletak jauh di bawah tanah.

Iklan
Iklan

Trump secara peribadi menyatakan kebimbangan bahawa sebarang tindakan ketenteraan hanya akan dibenarkan sekiranya terdapat jaminan penuh bahawa bom tersebut dapat menghancurkan keseluruhan tapak pengayaan nuklear itu.

“Ini bukan serangan sekali selesai,” kata Mejar Jeneral Bersara Randy Manner, bekas Timbalan Pengarah Defense Threat Reduction Agency (DTRA).

Iklan

“Fordow boleh dibina semula dengan cepat. Ia mungkin hanya menangguhkan program itu enam bulan hingga setahun. Ia kedengaran hebat untuk TV, tetapi tidak realistik,” katanya kepada The Guardian.

Walaupun pegawai pertahanan memberi jaminan bahawa GBU-57 mungkin dapat meruntuhkan terowong atau memusnahkan sebahagian sistem Fordow, Trump kekal skeptikal dan masih belum memberi lampu hijau.

Iklan

Sumber juga mendedahkan Trump sedang mempertimbangkan sama ada ancaman serangan secara langsung dari AS sudah memadai untuk memaksa Teheran kembali ke meja rundingan. - Agensi / Awani