Tular teksi dipandu terhuyung-hayang, undang bahaya

Iklan
Teksi tersebut yang dipandu secara berbahaya hampir melanggar beberapa pengguna lain.

SEREMBAN – Tindakan seorang pemandu teksi yang memandu dalam keadaan terhuyung-hayang di Jalan Tuanku Antah–Senawang hampir mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Rakaman video berdurasi 55 saat yang tular di media sosial memaparkan beberapa kenderaan, termasuk penunggang motosikal, hampir dilanggar oleh teksi tersebut.

Iklan
Iklan

Sebuah lori yang berada di belakang turut membunyikan hon panjang selepas melihat teksi itu hampir melanggar seorang penghantar makanan.

Video berkenaan mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan netizen yang menyifatkan tindakan pemandu itu sebagai cuai dan membahayakan nyawa orang lain.

Iklan

Teksi itu dipercayai dipandu oleh seorang warga emas, selain ada pengguna media sosial yang menasihatkan agar pemandu berhenti berehat sekiranya berasa letih atau mengantuk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihak polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.

Iklan

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan.