VIENNA - Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi, memaklumkan bahawa hampir kesemua kira-kira 15,000 kepala peledak di loji pengayaan uranium utama Iran di Natanz berkemungkinan telah rosak teruk atau musnah sepenuhnya akibat gangguan bekalan kuasa susulan serangan udara oleh Israel baru-baru ini.
Dalam taklimatnya kepada Lembaga Gabenor IAEA, Grossi menjelaskan bahawa kemudahan pengayaan di atas tanah itu yang digunakan untuk menghasilkan uranium hampir kepada tahap senjata – telah musnah sepenuhnya.
Sementara dewan bawah tanah yang menempatkan peledak tidak terkena secara langsung, kehilangan kuasa secara mendadak dipercayai telah menyebabkan kerosakan dalaman yang serius.
“Penilaian kami menunjukkan bahawa dengan gangguan kuasa sedemikian, besar kemungkinan peledak-peledak itu telah gagal berfungsi dengan betul, atau musnah sama sekali,” katanya dalam satu temu bual bersama BBC.