PURWODADI - Tular di media sosial memaparkan sebuah rumah dibahagi dua.
Kejadian itu berlaku di Desa Mlowokarang, Kabupaten Grobogan di Jawa Tengah, Indonesia pada Jumaat lalu.
Penduduk setempat turut berkerumun di halaman rumah tersebut ketika seorang lelaki sedang membahagikan struktur tersebut.
Menurut akaun @medankinian di Instagram, peristiwa itu terjadi selepas pertengkaran antara pasangan suami isteri tersebut.
Lelaki berkenaan dikatakan masih mahu mempertahankan perkahwinan mereka, namun ditolak isterinya.
Situasi semakin rumit apabila individu tersebut merancang untuk memindahkan rumah tersebut ke kampung halamannya.
Rancangan itu dibantah keras oleh keluarga pihak isterinya sehingga mereka terpaksa meminta bantuan pemimpin desa untuk menyelesaikan hal tersebut.
Dalam pertemuan itu, mereka menyarankan agar harta bersama dibahagi dua secara adil.
Namun, cadangan tersebut diambil serius oleh lelaki tersebut.
Dia pun membongkar rumah yang memang boleh dibongkar pasang, kemudian membongkar struktur tersebut dan membahagikan perabot lain menggunakan gergaji kepada dua bahagian.
Tindakannya mengundang pelbagai reaksi jiran tetangga dan warganet. - Agensi