Dua rakyat Australia ditembak di Pulau Bali, seorang maut

Iklan
Polis tempatan menjalankan pemeriksaan forensik di lokasi kejadian selepas dua warga Australia ditembak di perkampungan Munggu, pulau peranginan Bali, Indonesia pada Sabtu. Foto AFP

JAKARTA -  Seorang lelaki warga Australia maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden tembakan di Pulau Bali, Indonesia sejurus selepas tengah malam Sabtu, lapor Reuters memetik kenyataan polis tempatan kepada media.

Jurucakap polis Bali, Ariasandy, dipetik oleh laman Detik.com sebagai berkata bahawa pihak polis kini memburu dua individu disyaki terlibat dalam kejadian yang berlaku di sebuah vila di wilayah Badung, di selatan pulau pelancongan itu.

Iklan
Iklan

Mangsa yang maut dikenali sebagai Zivan R, 32, manakala Sanar G, 35, mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital, menurut laporan itu.

Saksi kejadian memaklumkan bahawa dua suspek melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki dua motosikal.

Iklan

Ariasandy berkata, kedua-dua suspek didengar bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat Australia. - Reuters

 

Iklan