Niaga hadapan emas melonjak berikutan ketengan geopolitik
Iklan
Harga emas fizikal berada pada RM14,398.19 setiap auns troy.
KUALA LUMPUR - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat berikutan kebimbangan geopolitik yang kembali memuncak disebabkan serangan udara Israel ke atas kemudahan nuklear Iran.
Konflik itu telah merangsang permintaan terhadap aset-aset selamat iaitu emas.
Iklan
Iklan
Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran sudah menunjukkan momentum kenaikan harga selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah awal minggu ini meningkatkan harapan terhadap pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).
"Gabungan risiko geopolitik yang semakin meningkat dan latar belakang makroekonomi yang cenderung untuk menurunkan kadar faedah telah menyemarakkan permintaan terhadap emas,” katanya kepada Bernama.
Iklan
Kontrak bulan semerta Jun 2025 meningkat kepada AS$3,430.2 (RM14,562.91) setiap auns troy daripada AS$3,368.5 (RM14,300.97) setiap auns troy pada Khamis, manakala kontrak Julai 2025 naik kepada AS$3,438.7 (RM14599.00) setiap auns troy daripada AS$3,377.0 (RM14,337.05) setiap auns troy semalam.
Kontrak Ogos, September dan Oktober 2025 masing-masing mengukuh kepada AS$3,458.2 (RM14,681.79) setiap auns troy daripada AS$3,396.5 (RM14419.84) setiap auns troy sebelum ini.
Iklan
Jumlah dagangan meningkat kepada 56 lot berbanding 44 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 50 kontrak daripada 69 kontrak sebelumnya.
Menurut penetapan London Bullion Market Association pada 12 Jun, harga emas fizikal berada pada AS$3,391.4 (RM14,398.19) setiap auns troy. - Bernama 
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>