Emirates, Qatar Airways batal penerbangan ke Asia Barat susulan ketegangan krisis Iran–Israel

Iklan
Data penjejakan penerbangan menunjukkan pesawat dilencongkan ke laluan Asia Tengah atau Arab Saudi sejak pagi Jumaat. Foto Agensi

ABU DHABI - Syarikat penerbangan di negara Teluk membatalkan jadual ke destinasi di Asia Barat pada Jumaat setelah kebanyakan negara menutup ruang udara mereka susulan ketegangan yang semakin meningkat antara Iran dan Israel.

Emirates yang merupakan syarikat penerbangan terbesar di Asia Barat memaklumkan pembatalan itu melibatkan destinasi ke Iraq, Jordan, Lubnan dan Iran.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia sebagai langkah berjaga-jaga kerana berisiko tinggi kepada penerbangan komersial.

Qatar Airways juga mengambil keputusan sama setelah menilai situasi kian tegang di rantau tersebut.

Iklan

Sementara itu, lapangan terbang di Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberi notis tentang gangguan perkhidmatan udara disebabkan banyak penerbangan ke Teheran, Baghdad dan Damsyik terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan.

Terdahulu, Jordan dan Iraq yang berjiranan Israel serta Israel mengumumkan penutupan ruang udara mereka serta membatalkan kesemua penerbangan awam.

Iklan

Tentera di Amman dalam satu kenyataan turut mengesahkan ia berjaya memintas dron dan misil yang didapati melanggar ruang udara Jordan setelah Iran menegaskan 'tiada had' untuk ia bertindak balas dengan lebih agresif ke atas Israel. - AFP