Yaman lancar serangan dron di wilayah Jizan

Iklan
Tentera Yaman berkumpul di.pos pemeriksaan di Hudaydah.

SANAA - YAMAN. Yaman melancarkan serangan balas dron ke atas tentera Arab Saudi di wilayah Jizan.

Media Yaman mendakwa, serangan itu mencederakan dan membunuh sejumlah besar tentera Arab Saudi yang berkumpul di wilayah tersebut.

Iklan
Iklan

Serangan dilancarkan tentera Yaman yang disokong oleh pejuang sekutu dari Jawatankuasa Popular.

Pada Khamis lalu, serangan dron Houthi di pangkalan tentera terbesar Yaman yang ditawan Arab Saudi membunuh tujuh pegawai kanan termasuk Brigadier General Saleh Tamah.

Iklan
Iklan

Serangan di wilayah Lahj itu turut mencederakan 11 pegawai daripada pasukan tentera pakatan. - Agensi