Projek padang mini Rambah ‘sakit’, penduduk rayu campur tangan MB
Iklan
Keadaan projek menaik taraf padang mini Rambah yang masih gagal disiapkan.
PONTIAN – Projek menaik taraf Padang Mini Rambah berdekatan Kolej Matrikulasi Teknikal Johor yang gagal disiapkan sejak hampir empat tahun lalu terus menimbulkan kekecewaan penduduk setempat yang kini merayu campur tangan Menteri Besar Johor.
Sehingga kini hanya struktur tempat duduk penonton atau astakayang kelihatan, manakala padang masih terbiar.
Iklan
Iklan
Seorang penduduk, Azhar Abu Bakar, 56, berkata, padang tersebut yang dibuka sejak 1980-an dahulunya menjadi lokasi utama belia dari Kampung Parit Raja, Rimba Terjun dan Parit Rambai bermain bola sepak.
“Sekarang padang dipenuhi semak samun, menjadi tempat ular dan babi hutan.
Iklan
"Padang ini juga terletak dekat rumah penduduk, memang membimbangkan dari segi keselamatan,”katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Azhar, beliau difahamkan projek berkenaan telah dua kali bertukar kontraktor namun gagal menunjukkan kemajuan, walaupun sudah memasuki tahun keempat.
Iklan
Seorang lagi penduduk, Aili Mohadi, 62, berkata, keadaan padang yang terbiar turut mencacatkan pemandangan kerana lokasinya berhampiran dengan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor, homestay dan dewan orang ramai.
“Masuk tahun ini pun masih belum siap. Bukan saja penduduk kecewa, orang luar yang datang kampung pun tertanya-tanya kenapa projek ini terbengkalai.
“Begitu juga belia di Kampung Rambah tidak tahu ke mana mereka untuk beriadah dan bermain bola sepak, mengadakan acara sukan rakyat atau pun aktiviti yang lain,” jelasnya
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Datuk Jefridin Atan berkata, projek dimulakan pada 28 September 2022 itu hampir memasuki tempoh empat tahun tetapi ia seperti ‘projek sakit’.
Jelas beliau, masalah tersebut telah kerap kali dibangkitkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah (MTD) Pontian kepada JKR namun jawapannya yang diberikan ialah ‘ on time’ tetapi yang berlaku di lapangan sebaliknya.
"Ketika ini hanya kelihatan astaka atau tempat duduk penonton yang dibina oleh kontraktor, namun telah menyebabkan kawasan padang bola semakin mengecil keluasannya.
"Penduduk kampung minta naik taraf padang kepada lebih baik dan sesuai untuk permainan bola sepak, bukan pembinaan astaka atau tempat duduk penonton," katanya ketika dihubungi
Dakwanya lagi, projek menaik taraf Padang Mini Rambah ini bukan sesuatu projek yang besar, namun tidak diberikan perhatian yang serius oleh pihak bertanggungjawab sehingga menjadi projek terbengkalai.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bukan lantikan politik, fokus kebajikan Orang Asli - Marina"><meta itemprop="description" content="Pelantikan Marina Ibrahim sebagai pegawai khas bagi membantu menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli di Johor di Yayasan Sultan Ibrahim Johor bukan lantikan politik, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai itu berkata, tanggungjawab berkenaan diterima dengan penuh rasa rendah diri dan menyifatkannya sebagai amanah besar untuk memastikan kebajikan serta kepentingan masyarakat Orang Asli di negeri ini terus diberi perhatian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795046/edisi/johor/bukan-lantikan-politik-fokus-kebajikan-orang-asli---marina
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #OrangAsli #MarinaIbrahim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T06:09:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/e5O8s1gdGDyjEWlIL/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4dyye"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4dyye"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4dyye"></script>