'Hari pertama di neraka', sudah bersediakah?

Iklan
Tular di media sosial baru-baru ini mengenai satu video dari negara jiran yang memaparkan sekumpulan individu mengedit kandungan visual seolah-olah mereka berada di dalam neraka.

TULAR di media sosial baru-baru ini mengenai satu video dari negara jiran memaparkan sekumpulan individu yang mengedit kandungan visual seolah-olah mereka berada di dalam neraka, benar-benar membuatkan Merak Jalanan menjadi ‘panas’.

Dengan latar suara menjerit, api marak dan gelagat yang disampaikan dalam nada bergurau, video ini mengundang pelbagai reaksi. Ada yang tertawa, mengecam hinggalah perasaan sedih dalam kalangan umat Islam.

Iklan
Iklan

Merak Jalanan melihat isu ini lebih besar, bukan sekadar content media sosial, malah ia menyentuh garis halus antara kebebasan berkarya dan tanggungjawab terhadap agama.

Neraka seperti dalam kepercayaan umat Islam merupakan ancaman nyata yang wajib diimani sebagai satu tempat pembalasan yang berat kepada umat Islam yang ingkar, selain tempat bagi bukan Islam.

Iklan

Mempermainkan atau mempersendakan neraka bukan sahaja mencerminkan kerendahan sensitiviti, bahkan memperlihatkan kejahilan terhadap hal-hal akidah.

Merak Jalanan bukanlah alim dalam bab agama, namun masih tahu membezakan apa yang boleh dan sebaliknya jika melibatkan agama.

Iklan

Walaupun kita sekarang hidup dalam zaman semua perkara mahu ditularkan, mahu menjadi trending, tidak semua keghairahan itu boleh dijadikan kandungan media sosial, lebih-lebih lagi apabila mempermainkan agama.

Apa yang berlaku di negara jiran itu wajar menjadi pengajaran kepada umat Islam di negara kita. Sikap mempermainkan agama, walau atas alasan gurauan atau sekadar content merupakan isyarat ketandusan adab terhadap Tuhan dan iman yang ada di dalam dada.

Merak Jalanan ingin mengajak semua bertanya kepada diri sendiri, jika agama dipermainkan, apakah perasaan kita?

Jika jawapannya adalah marah dan sedih, maka janganlah kita yang menjadi pelakunya pula.