Bukit Aman jalankan siasatan kes 12 anggota polis ditahan SPRM
Iklan
KUALA LUMPUR - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan menjalankan siasatan dari pelbagai sudut berhubung kes 12 pegawai dan anggota polis di Pulau Pinang yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.
Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, siasatan itu melibatkan pemilikan aset, dokumen pekerjaan dan pergerakan anggota yang terbabit sama ada mereka mematuhi Peraturan dan Standard Operasi (SOP) Polis Diraja Malaysia.