KPDN syor persatuan restoran kemuka memorandum cadangan
Iklan
Armizan mempengerusikan Sesi Libat Urus Cadangan Pindaan kepada Peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 (PPKB) pada Isnin.
SHAH ALAM - Persatuan restoran disaran mendapatkan pandangan ahli masing-masing dan mengemukakan memorandum cadangan kepada Jawatankuasa Teknikal Semakan Pindaan mengenai had penggunaan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar akan meneliti setiap cadangan dan syor diberikan.
Iklan
Iklan
"Hari ini saya bersama dalam Sesi Libat Urus Cadangan Pindaan kepada Peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 (PPKB) dan fokus pertemuan adalah untuk meminda peruntukan berkaitan sekatan had penggunaan LPG bersubsidi dalam perdagangan dan perniagaan, termasuk mengambil kira keperluan LPG bersubsidi bagi peniaga jualan makanan serta minuman berskala mikro dan kecil.
"Pelbagai syor dan pandangan telah dikemukakan. Sebagaimana kelulusan Kabinet pada 5 Jun 2025 terhadap syor KPDN, kerajaan bersetuju meminda peruntukan PPKB yang diwartakan, namun perlu ditetapkan perincian terhadap beberapa perkara agar adanya kejelasan undang-undang," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Iklan
Armizan (empat dari kanan) bersama wakil persatuan restoran yang terlibat dalam Sesi Libat Urus Cadangan Pindaan kepada Peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 (PPKB) pada Isnin.
Sesi libat urus tersebut disertai 10 persatuan berkaitan dan turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian merangkap Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin.
Dalam pada itu Armizan menjelaskan, pindaan peruntukan PPKB melibatkan pertimbangan parameter pindaan mengenai definisi peringkat perniagaan jualan makanan dan minuman terlibat.
Iklan
Selain itu menurutnya, turut diberi perhatian adalah pertimbangan status pemilikan perniagaan, jumlah keperluan, mekanisme kawalan dan pelaporan, keberkesanan pemantauan dan penguatkuasaan serta strategi mengekang ketirisan secara menyeluruh.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>