Pelajar UPSI terselamat tragedi maut, ditahan di wad kerana demam

Iklan
Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terselamat daripada nahas jalan raya yang meragut 15 nyawa rakan sekampusnya selepas dimasukkan ke hospital akibat demam.

BESUT – Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terselamat daripada nahas jalan raya yang meragut 15 nyawa rakan sekampusnya selepas dimasukkan ke hospital akibat demam, dipercayai berpunca daripada jangkitan leptospirosis.

Perkara itu dikongsi seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Are Da Mat Nuar, yang memaklumkan adiknya sepatutnya menaiki bas tersebut namun terpaksa dimasukkan ke wad Hospital Jerteh, di sini, sehari sebelum kejadian.

Iklan
Iklan

"Adik saya salah seorang pelajar UPSI yang sepatutnya naik bas ini. Tapi tengah hari semalam dia masuk wad di Hospital Jerteh sebab demam. Doktor syak jangkitan air kencing tikus.

"Semoga dipermudahkan urusan semua,” tulisnya dalam ruangan komen di sebuah hantaran berkaitan tragedi tersebut, pada Isnin.

Iklan

Perkongsian itu menarik perhatian ramai warganet yang menyifatkan situasi dialami pelajar terbabit sebagai satu bentuk ujian dan takdir yang menyelamatkan nyawanya daripada tragedi menyayat hati itu.

"Subhanallah... semua dengan ketentuan-Nya. Semoga dipermudahkan urusan adik,” ujar seorang pengguna lain, Azlan Alias.

Iklan

Berdasarkan maklumat awal yang diterima, seramai 42 pelajar menaiki bas berkenaan, manakala dua lagi tidak turut serta dalam perjalanan tersebut.

Terdahulu, negara dikejutkan dengan tragedi kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang membawa pelajar UPSI, dipercayai terbabas dalam nahas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi Isnin.

Dalam kejadian itu, seramai 15 pelajar disahkan maut, manakala selebihnya cedera dan sedang dirawat di Hospital Gerik.

Difahamkan, bas berkenaan dalam perjalanan dari Jerteh, Besut menuju ke Tanjung Malim, Perak.