SUNGAI BULOH- Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) membuktikan peranan sebagai institusi yang menjadi penghubung kerjaya kedua bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan veteran apabila 72 peratus veteran menyertai program latihannya berjaya mendapat pekerjaan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, daripada jumlah tersebut, 65.4 peratus telah menjadi usahawan atau bekerja sendiri, manakala 34.6 peratus pula bekerja dengan majikan."Meskipun pencapaian ini memberangsangkan, namun masih ada ruang untuk penambahbaikan dan pemantapan yang perlu kita usahakan.
"Misalnya, kita masih perlu menyelidik dengan lebih teliti dan mendalam faktor-faktor yang menyebabkan kira-kira 28 peratus daripada veteran yang terlibat masih belum mendapat pekerjaan.
"Ini bermakna, kita mesti sentiasa terbuka untuk menyemak kandungan latihan, pendekatan yang digunakan dan proses Latihan Peralihan ini dilakukan. Ia mesti mengikut corak pasaran semasa dan bersifat terkini serta tidak lapuk,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia, Program Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) dan Sijil PERHEBAT di Kem Sungai Buloh, di sini pada Selasa.
Pada majlis tersebut, seramai 3,473 anggota ATM berjaya menamatkan Latihan Peralihan di seluruh Malaysia dan 514 anggota serta veteran ATM dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia, menerusi inisiatif RPEL.
Beliau turut menyaksikan lapan memorandum dan nota persefahaman (MoU & NoU) antara PERHEBAT dengan pihak industri bagi memanfaatkan bakal pesara dan veteran ATM dalam skop penempatan pekerjaan, peluang keusahawanan dan program-program latihan.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled turut menggariskan beberapa aspek perlu diberikan perhatian oleh PERHEBAT, termasuk mengukuhkan peranan sebagai institusi yang membentuk bakal pesara ATM dan veteran sebagai penggerak ekonomi dan tenaga kerja berkualiti tinggi.
Selain itu, institusi berkenaan juga perlu memperhebat hubungan dengan industri dan pasaran pekerjaan.
"Kehadiran PERHEBAT dalam pasaran kerja bukan sahaja akan membantu institusi berkenaan menjadi lebih dinamik dan berkesan.
"Sebaliknya, ia juga akan turut membuka banyak ruang pemadanan kemahiran dan pekerjaan yang berkualiti kepada anggota yang sedang menjalani fasa peralihan, juga salah satu penyumbang kepada tenaga kerja berkualiti kepada pasaran,” katanya.
Beliau turut menekankan agar PERHEBAT menjadi institusi yang lebih anjal, terbuka dan berorientasikan prestasi.
"Dengan keutamaan strategik ini, amat penting untuk PERHEBAT bertindak dengan lebih proaktif, inovatif dan bersandarkan orientasi pasaran agar dapat menjadi institusi yang dinamik dan berkesan terhadap survival kesejahteraan anggota dan veteran ATM,” katanya.
Jelas beliau, perjuangan anggota tentera tidak berakhir apabila tempoh perkhidmatan mereka tamat, sebaliknya mereka masih boleh meneruskan bakti kepada negara melalui pelbagai sumbangan lain.
"Saya sangat menekankan pembangunan modal insan dan kesejahteraan sosioekonomi veteran ATM sebagai satu daripada keutamaan strategik yang mesti diberikan perhatian serius.
"Matlamat ini termasuk usaha membantu anggota ATM yang bakal bersara mempersiap diri dengan latihan, pendedahan dan kemahiran yang sesuai untuk menghadapi dunia pekerjaan pasca perkhidmatan,” katanya.
5,793 veteran telah menerima manfaat
Sementara itu, Pengerusi PERHEBAT, Profesor Emerita Datuk Dr Roziah Omar berkata, Dasar Madani, menerusi tonggak ‘kesejahteraan dan insan’, menggariskan peranan Kementerian Pertahanan, ATM bersama PERHEBAT untuk membangunkan satu ekosistem berkesan yang menyediakan bakal pesara dengan latihan, pendedahan dan kemudahan untuk meningkatkan sosioekonomi mereka.
Katanya, inisiatif yang disediakan bagi memastikan bakal pesara berupaya untuk kembali ke dalam masyarakat dengan pemikiran betul dan kemahiran diperlukan.
"Ia dapat membantu melebarkan peluang untuk kumpulan sasar ini meneroka kerjaya kedua dengan lebih baik dan bermaruah.
"Kami sedar, tanggungjawab dan cabaran yang dipikul kian berat. Saranan oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan yang mahu PERHEBAT lebih radikal, progresif dan inovatif dalam menjalankan fungsinya, akan kami sahut serta jayakan dengan sebaiknya.
"Maka, PERHEBAT kini lebih giat memeta dan melebarluas kerjasama dengan agensi awam dan swasta agar ia benar-benar memberi nilai tambah yang akan melonjak potensi dan keupayaan veteran kita,” ujar beliau.
Menurut Ketua Pengarah PERHEBAT, Datuk Ts Amir Md Noor, untuk rekod, sejak 2017 PERHEBAT telah melaksanakan Program RPEL yang membolehkan anggota dan veteran ATM memperoleh diploma berdasarkan pengalaman dan kemahiran sedia ada.
Sejumlah 5,793 anggota ATM dan veteran dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia. Tahun lalu, PERHEBAT turut memperkukuh jaringan strategik dengan menjalin kerjasama bersama 32 agensi awam dan swasta.
Kerjasama tersebut melibatkan 17 MoU bersama institusi seperti Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, TalentCorp, GiatMara dan HRD Corp, serta 15 lagi kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta.
REAKSI