Vape: Jangan biar rakyat makin keliru

Iklan
Dasar berbeza, ada yang melarang jual tetapi membenarkan penggunaan vape mencetuskan kekeliruan dalam kalangan rakyat. Gambar hiasan

SEDAR atau tidak, isu rokok elektronik atau vape sudah menjadi satu polemik yang berpanjangan. Daripada persoalan kesihatan awam, kini ia menjalar kepada perbezaan dasar kawal selia antara kerajaan Persekutuan dan negeri.

Kedah, Perlis, Johor, Kelantan dan Terengganu antara negeri yang mengharamkan penjualan vape, sekali gus menunjukkan keprihatinan terhadap risiko nikotin terutama dalam kalangan remaja. Selangor pula kini merangka larangan berperingkat dengan pendekatan berhemah.

Iklan
Iklan

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, kerajaan negeri mengambil pendekatan ‘soft landing’ melalui perbincangan bersama pelbagai pihak termasuk pengusaha bagi memastikan pelaksanaan tidak membebankan mana-mana pihak.

Di peringkat Persekutuan pula, kerajaan mengambil langkah mengawal selia vape menerusi Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Iklan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan negeri mempunyai ruang undang-undang melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menguatkuasakan larangan penjualan.

Namun, dasar berbeza - ada yang melarang jual tetapi membenarkan penggunaan sebenarnya mencetuskan kekeliruan dalam kalangan rakyat, di samping menyukarkan penguatkuasaan, lebih-lebih lagi dengan akses mudah secara dalam talian.

Iklan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sebelum ini menggesa larangan menyeluruh terhadap semua bentuk produk merokok dan vape. CAP turut membangkitkan bagaimana industri tembakau menggunakan taktik halus seperti dibongkar dalam ‘Dokumen Legasi’ dan laporan Tobacco Explained untuk melemahkan dasar kawalan nikotin.

Dari sudut kesihatan awam, isu tersebut bukan sekadar tabiat peribadi. Data menunjukkan peningkatan membimbangkan dalam kalangan remaja, diikuti dengan kes-kes akibat vape yang semakin menakutkan.

Paling penting, satu mekanisme penyelarasan antara negeri dan Persekutuan perlu diwujudkan. Dasar mesti diseragamkan dan pelaksanaannya perlu diperkukuh dengan pendidikan, penguat-kuasaan rentas sempadan serta pemantauan e-dagang.

Jika benar vape adalah ancaman kesihatan, tindakan mesti bersepadu, bukan terpisah-pisah ikut sempadan negeri. Jangan sampai kita menyesal apabila satu generasi sudah pun tepu dengan nikotin tetapi kita masih terkial-kial mencari garis dasar bersama.