Peniaga ‘Makcik Kiah’ tidak perlu guna tong gas ungu - Fuziah

Iklan
LPG komersial hanya wajib bagi premis besar seperti hotel dan restoran. Gambar kecil: Fuziah

SHAH ALAM - Penjaja atau peniaga kecil seperti ‘Makcik Kiah’ tidak perlu beralih kepada penggunaan Gas Petroleum Cecair (LPG) komersial.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Dr Fuziah Salleh berkata, golongan berkenaan masih boleh menggunakan tong gas bersubsidi dengan syarat tidak melebihi tiga tong gas 14 kilogram (kg) pada satu masa dengan jumlah maksimum 42kg.

Iklan
Iklan

"Ini bermakna kalau guna satu tong untuk goreng pisang, satu untuk mi dan satu untuk air, ‘Makcik Kiah’ masih layak guna tong gas hijau bersubsidi. Tidak perlu tukar ke tong gas ungu (komersial).

"Tong gas ungu, iaitu tanpa subsidi, hanya diwajibkan kepada pengguna industri dan komersial berskala besar seperti restoran besar, kilang serta hotel,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Iklan

Sebelum ini, penguatkuasaan penggunaan wajib gas LPG komersial 14 kilogram telah dikuatkuasakan ke atas premis makanan bermula 1 Mei lalu.

Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menjelaskan bahawa hanya premis berskala besar seperti hotel, restoran besar dan dapur industri yang menggunakan lebih tiga tong LPG dalam satu masa diwajibkan beralih kepada LPG komersial.

Iklan

Ujar Fuziah, beliau tampil memberi penjelasan mudah berhubung isu penggunaan gas LPG komersial kerana masih ramai yang keliru.

Menurutnya, orang ramai juga diingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang salah mengenai isu berkenaan.

"Yang penting, bantuan kerajaan sampai kepada yang benar-benar layak dan subsidi terus dinikmati oleh golongan kecil serta sederhana,” ujarnya.