BANDAR GAZA - Sebuah rakaman tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki Palestin bersama adiknya yang masih bayi diselamatkan daripada runtuhan rumah keluarganya yang dibedil rejim Zionis.
Menerusi klip itu yang disiarkan Al Jazeera pada Selasa, mangsa bersama adik dan ibunya dipercayai terperangkap selama beberapa jam sebelum dibawa keluar pasukan penyelamat.