IOIPG, RHB jalin kerjasama strategik tawar pembiayaan pinjaman perumahan hartanah terpilih
Iklan
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan IOIPG, Teh Chin Guan (dua dari kiri) dan Jeffrey (dua dari kanan) semasa pelancaran program Pembiayaan Rumah & Ubah Suai serta Pembiayaan Hartanah Kediaman Hijau pada Selasa.
IOI Properties Group Berhad (IOIPG) menjalin kerjasama dengan Kumpulan Perbankan RHB (RHB) melancarkan Pembiayaan/Pinjaman Perumahan & Ubah Suai serta Pembiayaan /Pinjaman Hartanah Kediaman Hijau bagi hartanah kediaman terpilih dalam portfolio IOIPG.
Perkongsian strategik itu menekankan komitmen IOIPG dan RHB dalam menyokong pemilikan rumah, pada masa sama memudahkan proses pemindahan masuk serta menggalakkan pembangunan mampan di negara ini.
Iklan
Iklan
Ketua Jualan & Pemasaran Kumpulan serta Penjenamaan IOIPG, Nicole Lee Chee Yiing berkata, pihaknya berbesar hati bekerjasama dengan RHB bagi membangunkan penyelesaian pembiayaan inovatif untuk portfolio syarikat.
"Sebagai sebahagian kerjasama penting ini, kami berbangga menawarkan Pembiayaan/Pinjaman Perumahan & Ubah Suai bagi hartanah kediaman terpilih bertujuan membantu melancarkan perjalanan pemilikan rumah kepada pembeli.
Iklan
"Menerusi Pembiayaan/Pinjaman Perumahan & Ubah Suai RHB Full Flexi, pembeli rumah akan mendapat akses kepada pakej pembiayaan sehingga 90 peratus 30 peratus margin pinjaman/pembiayaan bagi hartanah kediaman terpilih.
"Margin tambahan 30 peratus ini bertujuan membantu pembeli rumah yang layak menampung kos pengubahsuaian dengan kadar pembiayaan menarik,” katanya.
Iklan
Tambah beliau, pembiayaan ubah suai itu akan disalurkan terus kepada pembeli secara berperingkat mengikut kemajuan kerja ubah suai.
Sementara itu, melalui Pembiayaan/Pinjaman Hartanah Kediaman Hijau RHB, pembeli rumah boleh memilih margin pembiayaan sehingga 95 peratus (termasuk Pembiayaan Kos Kemasukan) dengan tambahan lima peratus bagi membiayai perlindungan Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) atau Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT).
Hartanah yang mendapat pensijilan Green Building Index (GBI), GreenRE atau Leadership in Energy and Environmental Design (LEED) layak untuk kempen tersebut.
Kerjasama IOIPG dengan RHB dalam kempen Pembiayaan/Pinjaman Hartanah Kediaman Hijau itu selaras dengan Pelan IOI Sustain Roadmap 2030 yang memberi tumpuan strategik kepada usaha menangani perubahan iklim melalui pengurangan jejak karbon, selain terus membangunkan komuniti lestari.
Sejak awal, pembangunan mampan menjadi asas pendekatan IOIPG dengan menekankan pemeliharaan alam sekitar demi masa depan lestari.
Selain projek komersial dan kediaman diperakui hijau seperti IOI City Mall & IOI City Towers 1 & 2 di IOI Resort City serta COVO, pembangunan berorientasikan transit pertama di 16 Sierra, Puchong South, kumpulan itu turut menganjurkan pelbagai program libat urus serta kesedaran awam seperti kempen kitar semula Waste to Treasure, IOIPG City Nature Challenge, Earth Hour dan aktiviti berjalan sambil mengenal biodiversiti.
Menurut Nicole, semakin ramai pelabur, pemilik rumah dan pembeli menaik taraf kini bukan sahaja mencari hartanah tetapi mencari pelaburan bertanggungjawab yang mengambil kira keperluan generasi masa depan.
"Kami di sini untuk mengisi kekosongan pasaran dalam penyediaan rumah mampan sebagai rakan hartanah dipercayai,” katanya.
Pengarah Urusan, Perbankan Komuniti Kumpulan, Kumpulan Perbankan RHB, Jeffrey Ng Eow Oo pula berkata, pembeli rumah hari ini bukan sahaja mencari pembiayaan, malah turut mahukan fleksibiliti, kecekapan dan nilai jangka panjang dalam pelaburan mereka.
"Kolaborasi dengan IOI Properties menggabungkan penyelesaian kewangan tersuai RHB dan pembangunan berwawasan IOIPG bagi memenuhi jangkaan yang semakin meningkat.
"Bersama-sama, kami berusaha untuk menjadikan perjalanan pemilikan rumah lebih mudah diakses dan mampan," katanya.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.