100 peratus penduduk Gaza kebuluran

Iklan
Pelarian Palestin membawa bantuan makanan selepas menyerbu gudang Program Makanan Dunia di Deir el-Balah, Genting Gaza. - AFP

GENEVA - Gaza kini dianggap sebagai"tempat paling kebuluran di dunia," kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat, memberi amaran bahawa keseluruhan penduduk wilayah Palestin itu kini berisiko mengalami kebuluran.

Walaupun rundingan untuk mengakhiri hampir 20 bulan perang masih gagal mencapai kata sepakat apabila Israel menyambung semula operasi di Gaza pada Mac lalu selepas menamatkan gencatan senjata selama enam minggu.

Iklan
Iklan

"Gaza adalah tempat paling kebuluran di dunia dan ini satu-satunya kawasan yang sama ada sebuah negara atau wilayah dalam negara di mana keseluruhan penduduknya berdepan risiko kebuluran 100 peratus," kata jurucakap Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan, Jens Laerke.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, Israel telah melonggarkan sebahagian sekatan bantuan sepenuhnya ke wilayah Palestin yang dikenakan sejak 2 Mac lalu, namun ia masih menyebabkan kekurangan teruk dari segi makanan dan ubat-ubatan.

Iklan

Duta Israel di Geneva, Daniel Meron, menolak kenyataan tersebut dengan berkata, agensi PBB"memilih fakta tertentu untuk melukis gambaran realiti alternatif dan mendemonisasi Israel”.

"Dalam usaha terdesak untuk kekal relevan, mereka mengecam usaha terbaik Israel dan rakan-rakannya untuk memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan kepada penduduk awam,” katanya menerusi X.

Iklan

Kebuluran yang dahsyat

Seorang pelarian Palestin memegang belakangnya sambil memikul bantuan makanan ketika orang ramai berebut di gudang Program Makanan Dunia di Deir el-Balah, Genting Gaza. - AFP

Dalam sidang media di Geneva, Laerke mendedahkan cabaran yang dihadapi PBB dalam menghantar bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza.

Sejak sebahagian sekatan dilonggarkan, Israel membenarkan 900 lori bantuan masuk ke Gaza, tetapi hanya 600 lori yang diperiksa sehingga menjadikan jumlah lori yang diedarkan selepas itu lebih kecil atas alasan faktor keselamatan.

Misi penghantaran bantuan kini berada dalam keadaan tersekat yang menjadikannya antara operasi bantuan ke Gaza telah terhalang sepenuhnya.

"Saya tidak salahkan mereka langsung kerana mengambil bantuan yang pada dasarnya sudah milik mereka, tetapi ia tidak diedarkan seperti yang kami harapkan,” kata Laerke.

Keadaan semakin parah

Seorang wanita mendukung bayi menangis ketika penduduk Palestin memeriksa lokasi serangan Israel di Jabalia, Genting Gaza. - AFP

Gaza Humanitarian Foundation iaitu sebuah organisasi baharu yang disokong Israel dan Amerika Syarikat sejak awal Mei dilaporkan telah mula mengagihkan bantuan di beberapa lokasi di seluruh Gaza minggu ini.

Ditanya mengenai operasi yayasan itu, Laerke berkata, ia tidak berfungsi dengan sepatutnya dan gagal memenuhi keperluan orang ramai selain Ia menyebabkan kekacauan.

"Ribuan penduduk Palestin berduyun-duyun ke pusat GHF pada Selasa lalu, lapor wartawan AFP, ketika Israel melaksanakan sistem pengagihan baharu yang tidak melibatkan PBB," tambahnya.

Jelasnya lagi, apabila orang ramai perlu mengambil sendiri bantuan, mereka menjadi sasaran rompakan selepas meninggalkan pusat bantuan.

Dalam satu kenyataan, GHF mendakwa telah mengagihkan dua juta hidangan dalam masa empat hari. - AFP