17 maut, 24 cedera bas terjunam dalam sungai

Iklan
Pasukan penyelamat sedang berusaha mengenal pasti identiti mangsa yang maut.

KATHMANDU - Sekurang-kurangnya 17 orang maut manakala 24 yang lain cedera apabila sebuah bas penumpang yang dalam perjalanan ke ibu negara Nepal, Kathmandu, dari bandar Pokhara terjatuh ke dalam Sungai Tishuli di daerah Dhading, lapor Anadolu Ajansi.

Kemalangan itu, menurut Pasukan Polis Bersenjata Nepal, berlaku pada jam 1.30 pagi Isnin (1945 GMT Ahad).

Iklan
Iklan

Jurucakap pasukan itu, Bishnu Prasad Bhatta berkata, sejumlah besar anggota daripada semua pasukan keselamatan sedang meneruskan usaha menyelamat di lokasi kejadian.

Pasukan penyelamat sedang berusaha mengenal pasti identiti mangsa yang maut, manakala penumpang yang cedera dibawa ke hospital berhampiran.

Iklan

Punca kemalangan masih belum dipastikan buat masa ini. - Bernama

 

Iklan