Dua rakyat India dibelasah dalam serangan bermotif perkauman di Israel

Iklan
Dua lelaki warganegara India menjadi mangsa serangan dipercayai bermotif perkauman di sebuah taman awam di bandar pesisir Ashkelon, berhampiran Gaza.

ASHKELON – Dua lelaki warganegara India menjadi mangsa serangan dipercayai bermotif perkauman di sebuah taman awam di bandar pesisir Ashkelon, kira-kira 50 kilometer dari Tel Aviv dan berhampiran Gaza.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang disiarkan penyiar awam Israel, KAN menunjukkan dua lelaki berjalan di laluan pejalan kaki sebelum diekori tiga hingga empat individu memakai jaket bertudung.

Iklan
Iklan

Rakaman seterusnya memaparkan beberapa suspek menahan salah seorang mangsa manakala seorang lagi dilihat menumbuknya berulang kali.

Hantaran bahasa Ibrani pada video tersebut menggambarkan insiden itu sebagai serangan 'dirancang lebih awal' dan didorong unsur 'perkauman serta niat jahat'.

Iklan

Laporan menyebut serangan berkenaan telah dirancang melalui aplikasi WhatsApp sebelum dilaksanakan.

Di New Delhi, jurucakap parti Kongres, Pawan Khera, menerusi platform X menggesa Menteri Hal Ehwal Luar India, S. Jaishankar, supaya segera menyiasat insiden tersebut dan memastikan keadaan mangsa berada dalam keadaan selamat.

Iklan

Perdana Menteri India, Narendra Modi dijangka mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Israel bermula 25 Februari ini bagi memperkukuh hubungan strategik dua hala.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam satu ucapan televisyen memaklumkan bahawa Israel terus berusaha mengukuhkan pakatan antarabangsa dan menyifatkan Modi sebagai 'rakan rapat'.

Setakat ini, pihak berkuasa Israel belum mengeluarkan butiran lanjut mengenai tangkapan suspek atau tahap kecederaan mangsa.

Insiden tersebut mencetuskan kebimbangan berhubung keselamatan warga asing serta sensitiviti geopolitik menjelang lawatan rasmi pemimpin India ke negara itu.-Agensi