Pengalaman Tun M terus jadi rujukan dunia
Iklan
Tun Dr Mahathir (kiri) bersalaman dengan Muhammad Yunus dalam satu sesi pertemuan baru-baru ini.
SHAH ALAM - Meskipun bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 kira-kira sebulan lagi, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus menjadi rujukan pemimpin dunia dalam soal tadbir urus negara.
Terbaharu, Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh, Profesor Dr Muhammad Yunus, tampil mendapatkan pandangan tokoh negarawan itu dalam usaha membina semula Bangladesh yang kini berada dalam fasa pemulihan politik dan ekonomi.
Iklan
Iklan
Perkara itu dikongsi Dr Mahathir menerusi hantaran di laman Facebook beliau.
"Beliau ingin mendapatkan pandangan saya tentang bagaimana Malaysia mengurus tadbir negara, terutama dalam memastikan golongan belia mendapat peluang untuk berkembang dan mencipta pekerjaan.
Iklan
"Selain itu, Dr Muhammad Yunus juga menjemput saya ke Dhaka,” tulisnya.
Pertemuan bersejarah antara dua tokoh berpengaruh itu berlangsung di Imperial Hotel, Tokyo, sempena Forum Nikkei ke-30 Future of Asia yang menghimpunkan pemimpin dan pemikir dari seluruh rantau.
Iklan
Muhammad Yunus (kanan) juga menjemput Tun Mahathir (dua dari kanan) ke Dhaka.
Muhammad Yunus, 84, merupakan penerima Hadiah Nobel Keamanan dan kini mengetuai kerajaan sementara Bangladesh sebagai penasihat utama sehingga pilihan raya umum diadakan.
Perbincangan mereka menyentuh pelbagai isu penting termasuk pembangunan belia, penciptaan peluang pekerjaan, serta kepentingan tadbir urus baik dalam memulihkan kestabilan politik dan ekonomi sesebuah negara.
Pertemuan tersebut turut mencerminkan bagaimana pengalaman, wawasan serta ketokohan Mahathir masih dihargai dan relevan dalam kalangan pemimpin serantau meskipun beliau bakal menjejak usia satu abad.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>