Tugas wartawan luar biasa, lapor pahit getir rakyat - PM

Iklan
Anwar ketika menghadiri pertemuan dengan pimpinan PH Sabah pada malam Khamis.

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada pengamal media atas peranan luar biasa mereka dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat, termasuk dalam mendukung dan menegur demi kemajuan negara.

Beliau juga turut menyifatkan tugas kewartawanan sebagai satu bentuk pengorbanan yang besar, penuh keperitan namun tetap dijalankan dengan komitmen tinggi demi memastikan rakyat mendapat laporan yang benar dan seimbang.

Iklan
Iklan

"Jadi ada pengorbanan mereka, ada keperitan mereka kerana komitmen. Jadi saya ucapkan terima kasih penghargaan kepada semua wartawan," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri pertemuan dengan pimpinan PH Sabah di sini pada malam Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengingati sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang disambut pada 29 Mei setiap tahun.

Iklan

Beliau dalam pada itu berharap pengamal media akan terus bekerja dengan lebih bersemangat demi kejayaan negeri dan kemakmuran negara secara keseluruhan.

"Saya mohon supaya mereka terus bekerja dengan semangat untuk menjayakan negeri Sabah dan negara Malaysia tercinta," katanya.

Iklan

Pada tahun ini, majlis kemuncak sambutan HAWANA akan berlangsung pada 14 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.