Sambutan KKPP 2025: KSSB perkukuh budaya kerja selamat, sihat dan lestari

Iklan
Hari Sambutan Keselamatan, kesihatan dan persekitaran pekerjaan (KKPP) 2025 Kumpulan Semesta Sdn Bhd berlangsung di Dewan Orkid PKPS pada Rabu. FOTO SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR.

SHAH ALAM - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) anak-anak syarikat menganjurkan Hari Sambutan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (KKPP) 2025 pada Rabu sebagai manifestasi komitmen memperkukuh budaya kerja yang selamat, sihat dan lestari dalam kalangan pekerja serta rakan niaga. Program berkenaan berlangsung di Dewan Orkid, Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Shah Alam dan menghimpunkan seramai 320 peserta, terdiri daripada warga kerja dan rakan niaga dalam sektor perlombongan, kuari serta penyelenggaraan jalan raya.

Ketua Jabatan Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran KSSB, Nadzli Ahayalimudin berkata, program ini adalah kesinambungan sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia pada 28 April dan Hari Alam Sekitar Sedunia bakal diraikan 5 Jun ini.

Iklan
Iklan

NADZLI


"Matlamat utama adalah untuk memperkukuh peranan KSSB sebagai peneraju pengurusan sumber semula jadi yang bertanggungjawab terhadap kesejahteraan pekerja dan alam sekitar, di samping memastikan pelaksanaan kerja kontraktor mematuhi standard keselamatan dan kesihatan dengan integriti tinggi,” ujarnya.

Tambahnya, inisiatif ini juga sejajar dengan prinsip Environmental, Social and Governance (ESG) yang menekankan kelestarian operasi dan keselamatan jangka panjang.

Iklan

Kira-kira 320 peserta menyertai Hari Sambutan KKPP 2025.


Antara pengisian utama program ini adalah sesi perkongsian maklum balas kontraktor terhadap penggunaan teknologi digital dan sistem iRAA yang kini digunakan secara meluas dalam operasi penyelenggaraan dan pemantauan keselamatan projek.

Pengurus Operasi Infrapave Sdn Bhd, Mohd Adam Shahrin Mohd Hazizi menjelaskan sistem iRAA banyak membantu pihaknya mengenal pasti kerosakan jalan lebih awal.

Iklan

MOHD ADAM


"Kalau ada lubang atau kerosakan, sistem terus kesan dan maklumkan. Kami boleh rancang kerja baik pulih awal, elak kerja tergesa-gesa dan pastikan keselamatan staf lebih terjamin kerana mereka hanya ke lokasi apabila perlu,” ujarnya.

Pegawai Keselamatan Rolid Setia Sdn Bhd, Danish Akmal A. Ramlan turut senada dan menyifatkan sistem iRAA sebagai pemudah cara operasi harian.

DANISH AKMAL


"Semua maklumat disusun secara digital. Jadual kerja lebih lancar dan risiko di jalan raya dapat dikesan lebih awal,” jelasnya.

Sementara itu, penyelia tapak projek Konsortium Maju Mulia Group Sdn Bhd dan Percikan Mewah Sdn Bhd, Abdul Raimy Abdul Razak pula berkongsi bahawa penggunaan sistem digital dan kecerdasan buatan (AI) membolehkan pemantauan pekerja dan jentera secara langsung di tapak.

ABDUL RAIMY


"Sistem akan beri amaran awal jika ada zon bahaya atau kawasan sesak. Kami boleh ambil tindakan segera sebelum berlaku kemalangan. Data juga disimpan secara automatik untuk semakan audit,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pegawai Alam Sekitar Hasil Perangsang Holding Sdn Bhd, Siti Hawa Abu Bakar turut mengakui impak positif penggunaan sistem digital terhadap keselamatan.

SITI HAWA


"Kami dapati insiden kecil dan ‘nyaris’ kemalangan semakin berkurangan kerana sistem dapat kesan faktor risiko seperti keletihan atau kawasan tidak selamat lebih awal,” katanya.

Dalam pada itu, KSSB turut memastikan latihan berkala dan praktikal diadakan bersama vendor untuk meningkatkan kemahiran kakitangan menggunakan teknologi ini.

Ini bagi memastikan setiap pekerja dapat memahami fungsi sistem melalui latihan langsung, sekali gus menjadikan mereka lebih yakin dan cekap untuk menggunakannya di lapangan.

Hari Sambutan KKPP 2025 ini diharap dapat menjadi platform strategik bagi KSSB dan anak-anak syarikatnya dalam menyemai budaya kerja berintegriti, selamat dan lestari selari dengan aspirasi negeri dan negara.