Taman Negara Bako, Bukit Lambir dicalon sebagai ASEAN Heritage Park

Iklan
Taman Negara Bako di Kuching telah dicalonkan sebagai Tapak ASEAN Heritage Park.

KUCHING - Taman Negara Bako di Kuching dan Taman Negara Bukit Lambir di Miri telah dicalonkan sebagai Tapak ASEAN Heritage Park (AHP), menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua Sarawak berkata, penilaian terhadap pencalonan itu telah dilaksanakan oleh The ASEAN Centre for Biodiversity (ACB).

Iklan
Iklan

"Keputusan penilaian ini dijangka diketahui pada bulan September tahun ini,” katanya semasa sesi penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini pada Rabu.

Menurut Awang Tengah, pencalonan dua taman negara itu dibuat susulan pengiktirafan Kompleks Gua Taman Negara Niah di Miri sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) tahun lepas.

Iklan

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa Sarawak telah mewartakan 2.1 juta hektar Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA), terdiri daripada 874,000 hektar kawasan daratan dan 1.2 juta hektar kawasan perairan marin.

"Bagi memperkukuh usaha konservasi hutan, Sarawak Forestry Corporation (SFC) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Sarawak Infectious Disease Centre (SIDC) bagi kajian penyakit zoonotik, MoU dengan Sarawak Biodiversity Centre (SBC) dalam kerjasama teknikal biodiversiti serta MoU dengan Universiti Malaya bagi penyelidikan genetik,” katanya.

Iklan