ANAK bongsu kepada pengasas Jamu Ratu Malaya, Rozita Ibrahim dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di bahagian tangan akibat terkena bilah pisau pengisar elektrik.
Usahawan terkenal yang mesra dipanggil Bonda Rozita itu berkata, kejadian tersebut berlaku apabila anak perempuannya, Maryam Nur Amani, secara tidak sengaja menghidupkan mesin itu ketika cuba memasang bilah pisau di dalamnya.
Iklan
Iklan
Jelas Bonda Rozita lagi, pemeriksaan doktor mendapati salah satu saraf di bahagian tangan putus dan pembedahan kecil perlu dijalankan.
"Semoga cepat sembuh luka akibat blender. Adik ohh adik. Tak pernah dibuat dik orang luka sebab blender. Ni sebab pandai sangat memasak, petang kena masuk hospital budak bertuah ni lengan luka kena jahit. Kata doktor, salah satu saraf putus jahit kena sambung.
"Dia nak buat protein shake, ter-on blender masa nak pasang blade. Bonda susah nak imaginasi bagaimana boleh terkena blender," katanya menerusi Instagram pada Isnin.
Menerusi perkongsian insiden berkenaan, warga maya tidak putus menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Maryam.