Wanita dakwa dipukul suami guna telefon bimbit gara-gara ziarah bapa

Iklan
Tular tangkap layar gambar seorang wanita menunjukkan mukanya cedera.

JOHOR BAHRU – Seorang wanita mengalami kecederaan di dahi selepas didakwa dipukul oleh suaminya menggunakan telefon bimbit hanya kerana menziarahi bapanya tanpa kebenaran.

Kejadian berlaku di rumahnya kira-kira jam 7 malam, Jumaat lalu, sebelum insiden itu dikongsi oleh wanita terbabit di media sosial dan tular serta menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Iklan
Iklan

Menurut wanita berkenaan, itu bukan kali pertama dia dipukul oleh suaminya, sebaliknya kejadian sama pernah berlaku sebelum ini.

"Perselisihan faham bermula apabila suami marah dan tidak berpuas hati kerana saya melawat bapa.

"Dia memukul saya menggunakan telefon bimbit sehingga menyebabkan dahi luka dan berdarah.

Iklan

"Sebelum ini, dia juga pernah menumbuk muka saya hingga menyebabkan mata kanan lebam,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang menetap di Ulu Tiram kemudian mendapatkan rawatan di sebuah klinik berdekatan sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Ulu Tiram pada keesokan harinya, iaitu 24 Mei.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes berkenaan.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 322/18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

"Keterangan pengadu, suaminya dan saksi telah diambil. Kes dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya.