KINABATANGAN - Lelaki yang dilaporkan hilang selepas disambar buaya ketika menangkap ikan di Sungai Koyah, berhampiran sebuah ladang di sini pada Ahad, ditemui meninggal dunia.
Mayat Jufri Untung, 30, ditemui pada jam 1.40 tengah hari dan hanya berjaya dibawa ke darat selepas buaya tersebut melepaskan tubuh mangsa daripada mulutnya.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Hairi Utoh berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan bersama agensi penyelamat lain berjaya menemui mangsa.