12 mahasiswa di Johor dijangkiti HIV tahun lalu - Exco
Iklan
Tian Soon ketika menjawab soalan Selamat Takim (BN–Sungai Balang) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar pada Isnin.
ISKANDAR PUTERI – Seramai 12 mahasiswa di negeri ini disahkan menghidap HIV setakat tahun 2024, meningkat berbanding 10 kes pada tahun sebelumnya.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, kesemua jangkitan dikenal pasti berpunca daripada hubungan seksual tidak selamat.
Iklan
Iklan
Jelas beliau, situasi tersebut mencetuskan kebimbangan terhadap peningkatan kes dalam kalangan golongan muda, khususnya mahasiswa.
"Kerajaan Johor melalui Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah memperkukuh pelaksanaan Program PROSTAR 2.0 sejak tahun 2023 dengan kerjasama institusi pengajian tinggi, bagi meningkatkan kesedaran dan pencegahan HIV dalam kalangan remaja dan belia,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Selamat Takim (BN–Sungai Balang) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar pada Isnin.
Tian Soon memaklumkan bahawa seramai 1,673 mahasiswa dan pelajar sekolah menengah telah menyertai pelbagai aktiviti di bawah program berkenaan setakat ini.
Iklan
Menurutnya, inisiatif lain termasuk ceramah kesihatan, forum komuniti dan kempen kesedaran awam turut dijalankan secara berkala, selain pendekatan digital melalui media sosial untuk menyampaikan maklumat kesihatan secara lebih dekat kepada golongan sasaran.
"Kerajaan turut menyediakan perkhidmatan kaunseling dan ujian saringan HIV secara percuma dan rahsia di semua Klinik Kesihatan di negeri ini bagi menggalakkan pengesanan awal serta intervensi tingkah laku.
"Kerajaan negeri akan terus komited memastikan usaha pencegahan HIV diperhebat demi melahirkan generasi muda yang sihat, berilmu dan berakhlak tinggi,” katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.