World #QuranConvention 2025: Kukuhkan ekonomi perjuangan martabatkan Islam

Iklan
Nouman Ali Khan ketika menyampaikan ilmu berkenaan dengan ekonomi yang disebutkan dalam al-Quran. Gambar kecil dari kiri: Amir Hamzah, Mukhriz

KUALA LUMPUR – Usaha memperkukuh ekonomi bukan sekadar keperluan semasa, malah merupakan salah satu bentuk perjuangan untuk memartabatkan Islam di peringkat global.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata umat Islam diseru agar tidak meninggalkan urusan dunia semata-mata demi mengejar akhirat, sebaliknya perlu mencari keseimbangan antara kedua-duanya dalam kehidupan seharian, khususnya dalam usaha membangunkan ekonomi ummah.

Iklan
Iklan

"Kadang-kadang kita dengar orang kata, lupakan dunia, fokus pada akhirat. Tapi sebenarnya, kalau umat Islam tidak mengembangkan ekonomi, maka ummah akan jadi lemah.

Antara tetamu yang hadir pada program Reflecting on The Quran and The Global Economy with Nouman Ali Khan sempena penganjuran World #QuranConvention 2025 di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Kuala Lumpur pada Ahad.

"Apa yang penting adalah keseimbangan. Kita kejar dunia dan kita kejar akhirat... kedua-duanya sekali. Apabila kita bangunkan ekonomi, sebenarnya kita sedang memperkukuh ekonomi Islam itu sendiri,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program Reflecting on The Quran and The Global Economy with Nouman Ali Khan sempena penganjuran World #QuranConvention 2025 di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Ahad.

Turut hadir, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; dan Ketua Aktiviti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Iklan

Mengulas situasi semasa, Amir Hamzah mengakui terdapat cabaran dalam ekonomi Malaysia, namun tetap yakin dengan potensi negara sekiranya semangat tolong-menolong diterapkan secara menyeluruh.

Beliau berkata, kekuatan ekonomi bukan sahaja bergantung kepada dasar kerajaan semata-mata, sebaliknya turut memerlukan komitmen serta kesedaran tinggi daripada seluruh rakyat untuk membantu sesama sendiri dan memperkukuhkan jaringan sokongan ekonomi dalam komuniti.

"Kalau kita hendak kembangkan ekonomi negara, kita kena berusaha, tolong sesama sendiri. Jangan pegang diri sendiri sahaja. Bila kita bantu orang lain untuk berkembang, kita juga sedang menguatkan negara,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mukhriz turut menyatakan bahawa persepsi terhadap bidang perniagaan yang dikatakan hanya mementingkan duniawi perlu diperbetulkan kerana al-Quran sendiri menjelaskan secara terperinci peranan dan keutamaan ekonomi dalam kehidupan umat Islam.

Ujar beliau, ramai dalam kalangan masyarakat tidak menyedari bahawa isu-isu ekonomi disentuh secara mendalam dalam kitab suci tersebut, malah berniaga dan menjana rezeki juga dianggap sebagai satu bentuk ibadah.

"Sebelum ini kita anggap, bila kita terlalu ceburi bidang bisnes, itu terlalu duniawi. Kadang-kadang ada yang nasihatkan, ‘sudah-sudahlah tu, sudah tiba masanya ulang-alik ke masjid sahaja’.

"Tetapi melalui ceramah daripada Nouman Ali, ia membuka mata bahawa berniaga dan mendapat keuntungan dengan cara yang betul dikira sebagai ibadah. Bahkan disebut juga, orang yang mati dalam keadaan berdagang termasuk dalam kalangan yang mendapat kematian diberkati,” katanya.

Justeru, Mukhriz berkata, kesedaran ini penting untuk diketengahkan dalam masyarakat agar umat Islam tidak lagi memandang rendah terhadap bidang ekonomi, sebaliknya melihatnya sebagai salah satu jalan untuk memperkukuh kedudukan ummah.