Polis kesan wanita warga emas bantu siasatan kes tipu pelaburan

Iklan
Hanyan (kanan) meminta orang ramai menyalurkan maklumat tentang wanita bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan.

SUNGAI PETANI – [DIKEMAS KINI] Polis sedang mengesan seorang wanita warga emas bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan mencecah ratusan ribu ringgit sejak lapan tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, polis menerima tujuh laporan daripada mangsa yang mendakwa menyertai pelaburan itu sejak 2017 melalui seorang pesara dikenali sebagai Chak Gaik Choo berusia 60 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa dijanjikan pulangan antara lima hingga tujuh peratus daripada jumlah modal pelaburan berkenaan.

"Insiden penipuan pelaburan sejak 2017 itu membabitkan kerugian lebih RM604,000. terdapat tujuh laporan diterima daripada mangsa terdiri daripada lelaki dan wanita yang membuat aduan telah ditipu dalam satu pelaburan,” katanya.

Iklan

Tambahnya, siasatan awal mendapati pelaburan yang didakwa sebenarnya tidak wujud.

"Mangsa tidak berpuas hati dan melaporkan kes itu kepada polis. Kita sedang mengesan keberadaan seorang wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes ini,” katanya.

Iklan

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya tampil membantu pihak polis dalam siasatan kes terbabit.

Difahamkan, mangsa cuba menuntut semula wang pelaburan daripada wanita berkenaan namun ditangguhkan berkali-kali.

"Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam melakukan sebarang transaksi mencurigakan kepada mana-mana pihak.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi IPD Kuala Muda di talian hotline 04-4299222,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.