Bukan derhaka, 'Si Tanggang' bantu ibu tanggalkan subang tersekat

Iklan
Anggota Damkartan membantu membuka cincin melekat pada telinga ibu Si Tanggang. - Foto: Agensi

SUMATERA SELATAN – Berbeza dengan cerita hikayat Si Tanggang yang derhaka kepada ibunya, kali ini seorang lelaki bernama panggilan sama di Jambi meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat (Damkartan) untuk menanggalkan subang yang terlekat di telinga ibunya pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.41 malam pada 22 Mei lepas, 'Si Tanggang' terbabit mengambil keputusan membawa ibunya ke pejabat Damkartan selepas gagal menanggalkan subang itu sendiri, malah menyebabkan kesakitan.

Iklan
Iklan

Komander Platun 2 Ibu Pejabat Damkartan Kota Jambi, Bambang Sugiono berkata, subang tersebut telah bercantum dengan kulit menyebabkan barangan perhiasan itu sukar untuk ditanggalkan secara biasa.

"Anaknya sudah cuba menanggalkan sendiri tetapi warga emas berusia 76 tahun itu mengadu sakit.

Iklan

"Mereka juga telah ke hospital, namun tidak berjaya dan kemudiannya datang ke balai bomba untuk minta bantuan," katanya pada Jumaat.

Menurutnya, seramai 10 anggota bomba terlibat dalam operasi terbabit dan bertindak berhati-hati menggunakan peralatan asas seperti sarung tangan getah dan lampu suluh.

Iklan

"Kami melakukan proses itu perlahan-lahan untuk mengelakkan rasa sakit pada ibu tersebut.

"Kami juga tidak mahu guna kaedah salah yang mungkin menambah kecederaan," ujarnya.

Bambang berkata, subang itu akhirnya berjaya ditanggalkan dengan selamat selepas operasi selama 10 minit.

Bagaimanapun terdapat sedikit luka pada telinga wanita terbabit akibat subang sudah tertanam dalam kulit.

Sementara itu, Si Tanggang sebagai anak yang baik berkata, dia bersyukur dan berterima kasih kepada pihak bomba kerana berjaya menyelesaikan masalah dihadapi ibunya dengan penuh cermat.

"Terima kasih kepada Jabatan Bomba Kota Jambi kerana membantu kami menanggalkan subang dari telinga ibu. Kami sangat menghargainya," katanya.