Ais Greenland, Antartika mencair pada skala besar

Iklan
Kehilangan sejumlah 11.3 trilion tan ais antara 1979 hingga 2023 menyebabkan paras laut dunia meningkat sebanyak 3.14 sentimeter.

LONDON - Penyelidikan terbaharu merekodkan kehilangan berskala besar ais di Greenland dan Antartika yang menempatkan dua lapisan ais terbesar di bumi.

Menurut data daripada 27 misi satelit, Greenland dan Antartika kehilangan sejumlah 11.3 trilion tan ais antara 1979 hingga 2023, sekali gus menyebabkan paras laut dunia meningkat sebanyak 3.14 sentimeter.

Iklan
Iklan

Kajian dijalankan oleh pasukan Ice Sheet Mass Balance Inter-comparison Exercise (IMBIE) memberikan bukti baharu mengenai kesan perubahan iklim global yang berpunca daripada aktiviti tidak terkawal manusia.

“Sebagai gambaran, jumlah 11.3 trilion tan ais itu cukup untuk membentuk sebuah kiub setinggi 23 kilometer,” kata saintis iklim dari Northumbria University, England, Ines Otosaka yang juga penulis utama kajian dalam jurnal Scientific Data yang diterbitkan pada Rabu.

Iklan

Daripada keseluruhan data direkodkan, kira-kira 60 peratus berlaku di Greenland manakala 40 peratus lagi dicatatkan di Antartika.

"Bagi setiap tambahan satu sentimeter kenaikan paras laut, kira-kira dua hingga tiga juta penduduk terutamanya di kawasan pesisir berdepan risiko banjir pantai setiap tahun. Lapisan ais kini menyumbang kira-kira 25 peratus kepada keseluruhan kenaikan paras laut global,” jelasnya lagi. - Agensi

Iklan