Pengusaha 'gigit jari' 40kg Harumanis dicuri, terpaksa pulang duit pelanggan

Iklan
Tangkap layar hantaran dimuat naik Zaza di TikTok pada Rabu. Kredit @zazawalker.

SHAH ALAM - Seorang pengusaha wanita mendakwa berdepan kerugian besar apabila hasil hampir 40 kilogram (KG) mangga Harumanis di kebunnya di Bukit Jernih, Perlis dilarikan pencuri.

Menurut perkongsian pengguna TikTok, Zaza Walker, dia juga terpaksa membayar semula wang kepada pelanggannya yang sudah membuat tempahan awal gara-gara stok buah tidak mencukupi.

Iklan
Iklan

Katanya, ia bukan kali pertama berlaku, malah sudah pernah terjadi sebelum ini.

"Kali ini pencuri meninggalkan jejak. Pertama, kami jumpa dia tinggalkan kasut but. Kami tak sentuh lagi, takut ada kesan cap jari.

Iklan

"Ini antara bahan yang ditinggalkan juga, ada baju. Mungkin semasa mencuri dia rasa bahang neraka, kami tak sentuh juga.

"Pokok yang lebat dengan buah pun habis kosong tidak kira sudah matang atau muda lagi. Kasihan pada pembeli yang buat tempahan," katanya pada Rabu.

Iklan

Difahamkan, kebun Harumanis milik pengusaha lain juga mengalami nasib sama, bahkan ada yang mencecah kerugian sekitar 70kg.

Berdasarkan semakan yang dibuat, harga bagi sekilogram Harumanis antara RM30 ke RM40, berbeza mengikut gred.

Dalam pada itu, Zaza turut memohon maaf di atas kejadian tersebut dan segera membuat laporan polis.

Tambahnya, pembeli juga diminta berhati-hati dan siasat latar belakang individu yang cuba menjual Harumanis sama ada betul-betul memiliki kebun sendiri atau sebaliknya.

"Jadi, kepada sesiapa yang dah tempah dengan saya, minta maaf saya terpaksa pulangkan duit kerana buah tak cukup.

"Saya akan hubungi semua orang nanti. Doakan kami sebab memang tak boleh buat apa-apa, kena tunggu hasil tahun depan pula," ujarnya tenang.