Anggota polis ditipu penyamar 'polis'

Iklan
Seorang anggota polis menjadi mangsa penipuan lelaki menyamar sebagai polis. Gambar hiasan 123rf.

SURABAYA - Seorang anggota polis menjadi mangsa penipuan lelaki menyamar sebagai polis.

Kejadian itu menimpa anggota yang bertugas di Polres Probolinggo, Jawa Timur di Indonesia yang terpedaya kononnya pelaku dikenali sebagai MS, 22, boleh menguruskan pertukarannya agar mangsa boleh berada lebih dekat dengan keluarganya.

Iklan
Iklan

Menurut pihak berkuasa, MS turut mengenakan seragam lengkap dan mendakwa dia berpangkat Ajun Komisaris Polisi (AKP).

Pelaku turut mempunyai koleksi seragam polis yang dibeli secara dalam talian. - Foto Agensi

"Dia meminta sejumlah wang dan nilainya mencecah jutaan rupiah sekali transaksi. Mangsa mula curiga selepas tidak menerima Surat Telegram Rahasia (STR) yang meluluskan pertukarannya.

Iklan

"Pelaku berjanji untuk memindahkan mangsa dari Polres Probolinggi ke Polres Lamongan. MS akhirnya berjaya diberkas petugas Polsek Tegalsari di Surabaya," ujar jurucakap polis, Kompol Rizki Santoso.

Difahamkan, MS turut menipu ED, 28, yang mengaku kononnya dia boleh menukarkan wang 135 juta rupiah (RM35,230) kepada jumlah nominal lebih kecil.

Iklan

"MS mengaku ada kenalan di pejabat perbankan. Namun, dia menghilang tanpa jejak selepas ED memindahkan wang tersebut. Pelaku sempat menukarkan wang berjumlah 40 juta rupiah (RM10,438) dan serahkan kepada mangsa, namun mengambil bakinya," jelasnya lagi.

Siasatan awal mendapati MS mempunyai koleksi seragam polis yang dibeli secara dalam talian.

"Ada pelbagai jenis termasuk Mabes Polri, Polda Metro Jaya, Polda Jatim," katanya lagi.