MANILA – Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos, meminta semua setiausaha kabinet mengemukakan peletakan jawatan secara hormat susulan prestasi buruk calon pentadbiran dalam pilihan raya pertengahan penggal pada 12 Mei lalu, menurut Pejabat Komunikasi Presiden (PCO) pada Khamis, lapor Xinhua.
Menurut PCO, rombakan itu"bertujuan memberi ruang kepada presiden untuk menilai prestasi setiap jabatan dan menentukan siapa yang akan terus berkhidmat selaras dengan keutamaan baharu pentadbirannya yang disusun semula.”